Health Quote

Health is energy, vitality & well-being. You know it when you feel it, when you see it; healthy living is a beautiful thing. Healthy people feel energized & look fantastic!
Showing posts with label VITALEA. Show all posts
Showing posts with label VITALEA. Show all posts

Set Bersalin Asas Shaklee (Vitalea, B Complex, SR Vitamin C Plus, Zinc Complex = RM268.75) bertahan selama 4 hingga 6 bulan

Merupakan Set Terdiri daripada kombinasi 4 jenis zat yang penting bagi proses penyembuhan selepas melahirkan anak samada secara Normal / Pembedahan

  1. Vitalea iron Formula
  2. B Complex
  3. Sustained Release Vita-C Plus
  4. Zinc Complex
*untuk kegunaan selama 4 hingga 6 bulan
(Harga RM268.75 Tidak termasuk Postage)

Kenapa Suplemen Tambahan Perlu Selepas Melahirkan?

 

Menerima kehadiran si comel merupakan perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup seorang wanita.

Sebahagian daripada diri kita telah dilahirkan semula!

Namun keseronokan itu kadang-kala tergugat oleh kerana tahap kesihatan yang tidak mengizinkan. Keletihan dan kelesuan sejak dari hujung tempoh kehamilan, proses kelahiran dan penyesuaian awal tugas baru kadang-kala menjadikan kita FLAT.

Alangkah ruginya bila saat-saat berharga yang hanya berlaku sekali sahaja seumur hidup bayi itu telah dipersia andai kita gagal mengekalkan tahap kesihatan yang baik semasa berpantang (selepas melahirkan).

Inilah perkara utama yang kami sendiri titik beratkan, kerana nutrisi rata-rata ibu melahirkan adaah sangat terhad. Kerana perlu berpantang berbagai jenis makanan, minuman juga dicatu..bagaimana dan dari manakah zat dan kebaikan untuk proses penyembuhan dan baikpulih itu akan datang jika bukan dengan pengambilan nutrisi tambahan?

Maka dengan ini, kami sebagai agen Shaklee yang berdaftar prihatin, setelah nasihat dari pakar pemakanan, ini lah sebahagian pemakanan tambahan yang diperlukan oleh setiap ibu yang melahirkan bagi memastikan tahap kesihatan kekal TIP TOP! ^_^

Maka tempoh penyesuaian bersama insan tersayang yang baru itu akan dilalui dengan lebih bermaya dan ALERT..

Si manja juga akan mendapatkan zat terbaik secara terus dari penyusuan susu badan si ibu dan membantu proses BONDING berjalan lebih lancar dan menyeronokkan.

Jangan ragu untuk memilih suplemen Shaklee kerana Shaklee terjamin 100% semulajadi, TANPA BAHAN PENGAWET, PEWARNA & PERISA TAMBAHAN @ KANDUNGAN SINTETIK. Jadi ianya selamat untuk anda & si manja anda ^_^

Melabur sedikit demi kesejahteraan anda dan si manja sesuatu yang paling mustahak dan juga ianya membantu anda sembuh secara lebih baik.

Di manakah anda boleh mendapatkannya?


~ Pembelian secara COD *hanya sah untuk sekitar kawasan yang saya berada sahaja
~ Pembelian secara online melalui saya dan juga tawar-menawar adalah di alukan ^_^
~ Pembelian secara ONLINE dari HQ Shaklee sendiri terus kepada anda tanpa melalui saya ^_^..klik link yang sudah saya sediakan di bawah..




* sebagai option..anda digalakkan untuk mengHubungi saya untuk mendapatkan konsultasi selepas pembelian dari web site saya @ pembelian secara terus dari saya ^_^



PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA

 Sumber imej: http://www.medindia.net


Definisi Anemia

Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11 gm%.


Punca-punca Anemia

Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan nutrien seperti zat besi, asid folik @ vitamin B12 & juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing & thalasemia. walau bagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien berpunca daripada masalah berikut:
  • kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik & vitamin B12
  • kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi & produk soya
  • makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah

*pilih kopi decaf, teh tanpa kafein seperti teh Rooibos & produk soya Non-GMO (Shaklee ESP)


Status Anemia

Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut:


Tanda-tanda Anemia

  • pucat
  • letih & lesu
  • pitam
  • kerap mengalami sakit kepala & pening

Kesan-kesan Anemia

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan ke atas produktiviti, pencapaian intelektual & kehamilan. Anemia yang berlaku semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada ibu & bayi dalam kandungan seperti berikut:

Kesan Anemia Kepada Ibu

  • keguguran
  • bersalin awal
  • kematian janin dalam kandungan
  • tumpah darah semasa bersalin

Sumber imej: Sinuscure.org

Kesan Anemia Kepada Bayi Dalam Kandungan

  • kurang berat lahir (< 2.5 kg)
  • lahir tak cukup bulan (premature)
  • anak lemas semasa lahir (Aphysia)
  • pertumbuhan bayi terbantut

Sumber imej: http://www.miraclebabies.org.au


Keperluan Pemakanan Semasa hamil

Perubahan fisiologi semasa hamil menyebabkan keperluan kalori & nutrien meningkat. Oleh itu ibu hamil perlu makan pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk memastikan kesihatan diri & janin yang baik. Pastikan memilih makanan daripada kumpulan makanan berikut setiap hari:
  • makanan berasaskan bijirin seperti nasi, mee & roti untuk bekalan tenaga
  • sayuran berdaun hijau dan buah-buahan untuk bekalan vitamin & mineral
  • ikan, ayam, daging, telur & kekacang sebagai sumber kalsium & protein
  • minyak, lemak & gula dalam kuantiti yang sedikit

Lima kumpulan makanan ini berada pada 4 aras di dalam piramid makanan seperti di dalam gambarajah berikut:



Sumber: UNIT PEMAKANAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR



ATASI MASALAH ANEMIA DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE



Baca di sini


Belian Layan Diri





TESTIMONI SENDIRI: SET BERSALIN SHAKLEE


http://goo.gl/1HTojj
 
  • 28 Ogos 2013.

Kontraksi makin kerap. Sudah mulai ada tanda2 aktif nak melahirkan. Selang 30 minit, sakit itu datang. Ini bukan kelahiran yang pertama, sebaliknya yang kedua. Tapi beza sebab kelahiran pertama dulu saya tidak pernah merasakan kesakitan nak melahirkan anak. Heheh..

***********************************************************************************

  • Flashback. 15 Ogos 2008.

Dah 10 hari terperuk dalam wad HRPZ II, belum ada tanda-tanda nak bersalin. Admit ke wad ni seminggu sebelumnya pun sebab ada sedikit tanda nak bersalin. Itu sahaja. Sakitnya belum ada. Terus jururawat klinik desa refer saya ke hospital, sebab masa tu saya sudah overdue 3 hari. Bimbang bayi lemas atau bermasalah katanya


Saya mula diberikan ubat untuk meransang kontraksi. Selama 3 hari berturut-turut. Langsung tak mendatangkan sebarang reaksi. Heheh. Sakit langsung tak ada. Dah habis limit dos diberi, akhirnya saya setuju dan meminta untuk di bedah. Bimbang sangat kalau2 ada apa-apa yang berlaku pada bayi dalam kandungan sebab dah terlebih tempoh. (Failed IOL)

Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.8kg. Sungguh montel. Penuh didakap. Sempurna sifat dan akhlak insyaallah.

Sejak itu saya terpaksa merancang kehamilan untuk mengelakkan termengandung..leceh..kena telan pil setiap hari. Tapi nak buat macam mana...saya tak mampu pakai implanon, dan tak mahu disuntik.
IUD juga memang langsung tak minat..ngilu eh..ehehe

*********************************************************************************

Masa tu memang langsung tak ada sebarang persediaan untuk berpantang. Saya Cuma sibuk siapkan barangan bayi. Barang saya cuma stokin, kain sarung, tuala wanita..itu ajelah. Yang biasa-biasa. Tak ada ubat pun.

Ingatkan lepas bersalin nak try ubat jamu akar kayu mak bidan. Nak pasang body balik la katakan. Malang, kena operate pulak. Masa tu tak tahu pun pasal Set Bersalin Shaklee ni. Saya Cuma minum pati ikan haruan selama 1 bulan setengah ke 2 bulan dan berpantang makan macam biasa.
Tapi memang azab. Selepas mandi menggigil2, sejuk, badan lenguh, pucat lesi. Masa tu saya amalkan minum horlick dengan susu anmum/susu manis untuk bantu giatkan penghasilan susu badan. Mak saya pulak sibuk duk suruh anak minum susu formula, tapi sampai kesudah juga budak tu payah nak terima FM. Heheh.

Bertahun juga saya rasa lemah tak bermaya. Rasa membengkak area pembedahan didalam perut. Luka pada kulit juga kemerah-merahan. Macam boleh terbuka semula anytime. Seram.

Makanya bersalin kali kedua ni, saya dah pasang niat. Nak pilih ubat bersalin yang terbaik, nak pulihkan kembali stamina, nak baiki balik kekurangan dari kelahiran yang pertama dulu. Lama juga saya buat survey. Banyak sangat pilihan set bersalin dipasaran. Testimoni masing2 memang menggoda.

Tapi bila difikirkan balik, saya mahu langkah selamat. Saya mahu siapkan ubat yang SESUAI UNTUK KEDUA-DUA KAEDAH KELAHIRAN. WAIMA BERSALIN NORMAL ATAUPUN PEMBEDAHAN

Semua set bersalin di pasaran cuma sesuai untuk bersalin kaedah normal sahaja. Kalau ada yang sesuai untuk pembedahan juga pun, kena ubah dos dan pengambilan. Macam leceh aje. Lagipun risiko untuk anak mendapat kuning juga tinggi sebab jamu sifatnya panas.

Tekad saya mencuba Set Bersalin Shaklee. Nampak macam mahal sikit berbanding yang lain, tetapi sebenarnya tidak langsung! Malahan sangat2  berbaloi untuk setiap sen yang saya spent. Puas meneroka blog2 dan website sana sini, sampai lebam mata study tenet nih....akhirnya Allah jodohkan saya terbaca iklan dari page sahabat baik masa form 1 di FB. 

Saya mula bertanya detail tentang kesesuaian supplement Set Bersalin Shaklee untuk kes pembedahan. Alhamdulillah. feedback yang diterima sangat memuaskan hati. Supplement langkah selamat sebab saya tak pasti boleh bersalin normal atau kena ceaser lagi..hai...

Sebab nak jimat, saya mula register keahlian Shaklee bulan Julai 2013. Dapat beli full Set Bersalin, Berpantang & Slimming Shaklee dengan harga yang lebih murah. Heheh..

(Saya dah mula riki-riki anggaran kos dari kawan sejak awal kehamilan..saya mula menabung mulai dari tarikh itu. Bila daftar keahlian terus dan membeli  Set Bersalin Shaklee..saya ada seketul lagi balance bajet tu, terus buat shopping baju tambahan untuk bayi..merancang memang benar2 menjimatkan!)

Pengalaman sepanjang tempoh berpantang memang sangat mengujakan. Saya rasa lebih energetic dan confident, berbanding dua lagi adik saya yang sedang berpantang bersama. Ye..kebetulan seminggu sebelum saya bersalin, adik ke-3 saya bersalin juga, secara normal. Dan 2 minggu selepas saya bersalin, adik saya yang pertama bersalin juga, normal. Mereka guna ubat akar kayu mak bidan kampung kami. Set yang sama dengan adik saya yang ke-2 gunakan selepas bersalin kira-kira 4,5 bulan sebelum kami. 

Heheh...tahun ni, mama dapat timang 4 cucu dari 4 ibu yang berlainan. Nak sangat cucu. Hah..jenuh kan?

Saya guna set BERSALIN + MENYUSU + SLIMMING shaklee.
Sampai sekarang masih ada lagi baki vitamin, Cuma ada beberapa jenis sahaja yang saya sudah top up.

Seriously. Saya rasa sangat sihat dan bertenaga. Menjaga 2 anak kecil berumur 5 tahun dan 2 bulan setengah. Uruskan rumahtangga all-by-myself sbb anak-kecil-besar yang lagi satu tak pandai sangat jaga budak dan uruskan rumahtangga, hmm...( I meant my hubby..heheh)

Berpantang dikampung selama lebih 40 hari, kemudian kembali ke rumah kami di Klang. Alhamdulillah, saya bertenaga sepanjang hari, mampu menguruskan rumahtangga sendiri.
Branak macam tak beranak aje, kadang2 tu ada juga macam terlupa aku operate baru lebih 2 bulan lepas..major operation ye..hehehe...

(DI TULIS PADA JANUARI 2014)

Nk try set bersalin yg sama?
Nk try set bersalin yg pakej bajet?
Nk set bersalin 40 hari saja?
Jom dapatkan tawaran menawan dari  saya, just inform me that u’re inspired by my story ^_^

http://www.facebook.com/elyani.enterprise

Vita-Lea® (Iron Formula)

 

Multivitamin & Multimineral

120 tablets/60 servings
120 tablet/60 sajian

The Perfect Multi
The best of Shaklee sciene in one of the most comprehensive and balanced supplements you can buy. Vita-Lea® is specially formulated to provide you with 28 essential vitamins and critical minerals needed by adults.

Taken daily, Vita-Lea® :
·         Promotes overal health and vitality*
·         Supports long term heart, colon and eye health*
·         Promotes strong bones and a healthy immune system*
·         Provides protection against free radical damages*


Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea® diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Diambil secara harian, Vita-Lea®  boleh:
·         Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh*
·         Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata*
·         Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
·         Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas*








 Lawati fanpage saya
Elyani's
SMS @ Whatsapp  011-2514-0783
Email saya: yanie_aisyah@yahoo.com.my



*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit