Health Quote

Health is energy, vitality & well-being. You know it when you feel it, when you see it; healthy living is a beautiful thing. Healthy people feel energized & look fantastic!
Showing posts with label Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin. Show all posts

JOM KETAHUI CARA MENYIMPAN UBAT DENGAN BETUL

SIMPAN
Ubat mengikut suhu:
Dalam ruang tengah peti sejuk 2-8 Celcius
Tempat dingin (bukan peti sejuk) 8-15 Celcius
Suhu bilik 15-30 Celcius

JAUHKAN
Ubat dari kanak-kanak.

JANGAN
Simpan sebarang ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan sedemikian.

JANGAN
Simpan ubat dalam bilik mandi.

ELAKKAN
Simpan ubat ditempat terdedah kepada cahaya matahari @ haba (tepi tingkap 2 atas peti sejuk)

ASINGKAN
Ubat makan dari ubat untuk kegunaan luaran.

JANGAN
Simpan ubat di dalam kereta.

JANGAN
Simpan ubat yang luput, rosak & hilang label.

APA ITU VITAMIN


Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein,  karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada  makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa,  tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan  harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini?

Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.