Health Quote

Health is energy, vitality & well-being. You know it when you feel it, when you see it; healthy living is a beautiful thing. Healthy people feel energized & look fantastic!

TESTIMONI SENDIRI: SET BERSALIN SHAKLEE


http://goo.gl/1HTojj
 
  • 28 Ogos 2013.

Kontraksi makin kerap. Sudah mulai ada tanda2 aktif nak melahirkan. Selang 30 minit, sakit itu datang. Ini bukan kelahiran yang pertama, sebaliknya yang kedua. Tapi beza sebab kelahiran pertama dulu saya tidak pernah merasakan kesakitan nak melahirkan anak. Heheh..

***********************************************************************************

  • Flashback. 15 Ogos 2008.

Dah 10 hari terperuk dalam wad HRPZ II, belum ada tanda-tanda nak bersalin. Admit ke wad ni seminggu sebelumnya pun sebab ada sedikit tanda nak bersalin. Itu sahaja. Sakitnya belum ada. Terus jururawat klinik desa refer saya ke hospital, sebab masa tu saya sudah overdue 3 hari. Bimbang bayi lemas atau bermasalah katanya


Saya mula diberikan ubat untuk meransang kontraksi. Selama 3 hari berturut-turut. Langsung tak mendatangkan sebarang reaksi. Heheh. Sakit langsung tak ada. Dah habis limit dos diberi, akhirnya saya setuju dan meminta untuk di bedah. Bimbang sangat kalau2 ada apa-apa yang berlaku pada bayi dalam kandungan sebab dah terlebih tempoh. (Failed IOL)

Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.8kg. Sungguh montel. Penuh didakap. Sempurna sifat dan akhlak insyaallah.

Sejak itu saya terpaksa merancang kehamilan untuk mengelakkan termengandung..leceh..kena telan pil setiap hari. Tapi nak buat macam mana...saya tak mampu pakai implanon, dan tak mahu disuntik.
IUD juga memang langsung tak minat..ngilu eh..ehehe

*********************************************************************************

Masa tu memang langsung tak ada sebarang persediaan untuk berpantang. Saya Cuma sibuk siapkan barangan bayi. Barang saya cuma stokin, kain sarung, tuala wanita..itu ajelah. Yang biasa-biasa. Tak ada ubat pun.

Ingatkan lepas bersalin nak try ubat jamu akar kayu mak bidan. Nak pasang body balik la katakan. Malang, kena operate pulak. Masa tu tak tahu pun pasal Set Bersalin Shaklee ni. Saya Cuma minum pati ikan haruan selama 1 bulan setengah ke 2 bulan dan berpantang makan macam biasa.
Tapi memang azab. Selepas mandi menggigil2, sejuk, badan lenguh, pucat lesi. Masa tu saya amalkan minum horlick dengan susu anmum/susu manis untuk bantu giatkan penghasilan susu badan. Mak saya pulak sibuk duk suruh anak minum susu formula, tapi sampai kesudah juga budak tu payah nak terima FM. Heheh.

Bertahun juga saya rasa lemah tak bermaya. Rasa membengkak area pembedahan didalam perut. Luka pada kulit juga kemerah-merahan. Macam boleh terbuka semula anytime. Seram.

Makanya bersalin kali kedua ni, saya dah pasang niat. Nak pilih ubat bersalin yang terbaik, nak pulihkan kembali stamina, nak baiki balik kekurangan dari kelahiran yang pertama dulu. Lama juga saya buat survey. Banyak sangat pilihan set bersalin dipasaran. Testimoni masing2 memang menggoda.

Tapi bila difikirkan balik, saya mahu langkah selamat. Saya mahu siapkan ubat yang SESUAI UNTUK KEDUA-DUA KAEDAH KELAHIRAN. WAIMA BERSALIN NORMAL ATAUPUN PEMBEDAHAN

Semua set bersalin di pasaran cuma sesuai untuk bersalin kaedah normal sahaja. Kalau ada yang sesuai untuk pembedahan juga pun, kena ubah dos dan pengambilan. Macam leceh aje. Lagipun risiko untuk anak mendapat kuning juga tinggi sebab jamu sifatnya panas.

Tekad saya mencuba Set Bersalin Shaklee. Nampak macam mahal sikit berbanding yang lain, tetapi sebenarnya tidak langsung! Malahan sangat2  berbaloi untuk setiap sen yang saya spent. Puas meneroka blog2 dan website sana sini, sampai lebam mata study tenet nih....akhirnya Allah jodohkan saya terbaca iklan dari page sahabat baik masa form 1 di FB. 

Saya mula bertanya detail tentang kesesuaian supplement Set Bersalin Shaklee untuk kes pembedahan. Alhamdulillah. feedback yang diterima sangat memuaskan hati. Supplement langkah selamat sebab saya tak pasti boleh bersalin normal atau kena ceaser lagi..hai...

Sebab nak jimat, saya mula register keahlian Shaklee bulan Julai 2013. Dapat beli full Set Bersalin, Berpantang & Slimming Shaklee dengan harga yang lebih murah. Heheh..

(Saya dah mula riki-riki anggaran kos dari kawan sejak awal kehamilan..saya mula menabung mulai dari tarikh itu. Bila daftar keahlian terus dan membeli  Set Bersalin Shaklee..saya ada seketul lagi balance bajet tu, terus buat shopping baju tambahan untuk bayi..merancang memang benar2 menjimatkan!)

Pengalaman sepanjang tempoh berpantang memang sangat mengujakan. Saya rasa lebih energetic dan confident, berbanding dua lagi adik saya yang sedang berpantang bersama. Ye..kebetulan seminggu sebelum saya bersalin, adik ke-3 saya bersalin juga, secara normal. Dan 2 minggu selepas saya bersalin, adik saya yang pertama bersalin juga, normal. Mereka guna ubat akar kayu mak bidan kampung kami. Set yang sama dengan adik saya yang ke-2 gunakan selepas bersalin kira-kira 4,5 bulan sebelum kami. 

Heheh...tahun ni, mama dapat timang 4 cucu dari 4 ibu yang berlainan. Nak sangat cucu. Hah..jenuh kan?

Saya guna set BERSALIN + MENYUSU + SLIMMING shaklee.
Sampai sekarang masih ada lagi baki vitamin, Cuma ada beberapa jenis sahaja yang saya sudah top up.

Seriously. Saya rasa sangat sihat dan bertenaga. Menjaga 2 anak kecil berumur 5 tahun dan 2 bulan setengah. Uruskan rumahtangga all-by-myself sbb anak-kecil-besar yang lagi satu tak pandai sangat jaga budak dan uruskan rumahtangga, hmm...( I meant my hubby..heheh)

Berpantang dikampung selama lebih 40 hari, kemudian kembali ke rumah kami di Klang. Alhamdulillah, saya bertenaga sepanjang hari, mampu menguruskan rumahtangga sendiri.
Branak macam tak beranak aje, kadang2 tu ada juga macam terlupa aku operate baru lebih 2 bulan lepas..major operation ye..hehehe...

(DI TULIS PADA JANUARI 2014)

Nk try set bersalin yg sama?
Nk try set bersalin yg pakej bajet?
Nk set bersalin 40 hari saja?
Jom dapatkan tawaran menawan dari  saya, just inform me that u’re inspired by my story ^_^

http://www.facebook.com/elyani.enterprise

No comments: