Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat
diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal,
pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu
pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu
tubuh menghasilkan
sel-sel darah dan
hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab
itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan
tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan
biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham
bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan
harian anda. Terutama, makanan
yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini?
Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak
mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan
tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
No comments:
Post a Comment