Health Quote

Health is energy, vitality & well-being. You know it when you feel it, when you see it; healthy living is a beautiful thing. Healthy people feel energized & look fantastic!

Jom kenali titik refleksologi pada bahagian tapak kaki kita!


Apa itu refleksologi? 

 

Refleksologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan poin-poin urat saraf yang ada di badan. Di sini dikhususkan di kaki dan tapak tangan, yang mana poin-poin urat saraf tersebut berhubungkait dengan organ di dalam tubuh badan manusia.


Bagaimana?

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik refleksi utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Maksud titik refleksi ialah titik pusat urat saraf. Setiap titik itu ada kaitan dengan organ tubuh tertentu. Jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit.

Urutan di tapak kaki mengikut refleks zon, rentak urutan dan penggunaan teknik tekanan yang betul mampu membawa kesegaran pada kaki dan tubuh. Refleksologi juga mampu mengatasi masalah tidur kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat dan bertenaga.

Keadah rawatan yang kurang daripada satu jam itu  sesuai kepada semua peringkat umur, selain memberi kesegaran berpanjangan.  Ia juga mampu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.

Selepas rawatan itu, pesakit disarankan supaya minum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin terkumpul keluar melalui peluh juga air kencing.
 

Apa yang anda perlu tahu tentang refleksologi

Berdasarkan sejarah, rawatan refleksologi berasal dari Mesir sebelum disebarkan ke seluruh dunia, terutama China, sejak 5,000 tahun dahulu. Ia boleh meredakan tekanan sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan).

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.
 

Kebaikan refleksologi

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelakkan risiko sembelit
Menurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
 
#Seronok kan bila diurut..tau-tau meleleh ayaq liuq..tertidoq..haha..
Pengambilan suplemen berserta dengan teknik rawatan fizikal seperti kaedah urutan refleksologi banyak membantu mempercepatkan proses perawatan kesihatan. Yelah, dah lancar aje peredaran darah kita kan? zat pun seronok la berlegar-legar dalam badan tu..hehe..

Tak caye boleh try..hihi

SMS@WHATSAPP 011-2514 0783

http://www.facebook.com/elyani.enterprise


Sumber artikel: sinar harian

No comments: