Health Quote

Health is energy, vitality & well-being. You know it when you feel it, when you see it; healthy living is a beautiful thing. Healthy people feel energized & look fantastic!

PEMAKANAN IBU HAMIL ANEMIA

 Sumber imej: http://www.medindia.net


Definisi Anemia

Anemia merujuk kepada keadaan kekurangan darah di mana paras hemoglobin seseorang itu berada pada tahap kurang daripada 11 gm%.


Punca-punca Anemia

Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan nutrien seperti zat besi, asid folik @ vitamin B12 & juga penyakit seperti malaria, jangkitan cacing & thalasemia. walau bagaimanapun, anemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien berpunca daripada masalah berikut:
  • kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik & vitamin B12
  • kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti teh, kopi & produk soya
  • makanan yang dimakan mempunyai kadar penyerapan zat besi yang rendah

*pilih kopi decaf, teh tanpa kafein seperti teh Rooibos & produk soya Non-GMO (Shaklee ESP)


Status Anemia

Status anemia ditentukan melalui paras hemoglobin dalam darah seperti berikut:


Tanda-tanda Anemia

  • pucat
  • letih & lesu
  • pitam
  • kerap mengalami sakit kepala & pening

Kesan-kesan Anemia

Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan ke atas produktiviti, pencapaian intelektual & kehamilan. Anemia yang berlaku semasa kehamilan boleh memberi kesan kepada ibu & bayi dalam kandungan seperti berikut:

Kesan Anemia Kepada Ibu

  • keguguran
  • bersalin awal
  • kematian janin dalam kandungan
  • tumpah darah semasa bersalin

Sumber imej: Sinuscure.org

Kesan Anemia Kepada Bayi Dalam Kandungan

  • kurang berat lahir (< 2.5 kg)
  • lahir tak cukup bulan (premature)
  • anak lemas semasa lahir (Aphysia)
  • pertumbuhan bayi terbantut

Sumber imej: http://www.miraclebabies.org.au


Keperluan Pemakanan Semasa hamil

Perubahan fisiologi semasa hamil menyebabkan keperluan kalori & nutrien meningkat. Oleh itu ibu hamil perlu makan pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk memastikan kesihatan diri & janin yang baik. Pastikan memilih makanan daripada kumpulan makanan berikut setiap hari:
  • makanan berasaskan bijirin seperti nasi, mee & roti untuk bekalan tenaga
  • sayuran berdaun hijau dan buah-buahan untuk bekalan vitamin & mineral
  • ikan, ayam, daging, telur & kekacang sebagai sumber kalsium & protein
  • minyak, lemak & gula dalam kuantiti yang sedikit

Lima kumpulan makanan ini berada pada 4 aras di dalam piramid makanan seperti di dalam gambarajah berikut:



Sumber: UNIT PEMAKANAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR



ATASI MASALAH ANEMIA DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE



Baca di sini


Belian Layan Diri





No comments: