Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang
memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan,
ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi)
yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap
hentakan dari impak fizikal.
Sakit Sendi dan ketidakselesaan
Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara
semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan
kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan kerosakan tulang rawan dengan
mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan
ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.
Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda menghidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.
3 mekanisma utama AJHT
1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia: menghalang pembentukan bahan kimia yang
menyerang tulang rawan.
EKSTRAK BOSWELLIA adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate.
Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak
berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik
(AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang
semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia
daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
2. Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak Jagung: membantu mengekalkan tulang rawan.
EKSTRAK JAGUNG membekalkan satu sumber yang pekat dengan
glukosamina yang berfungsi utuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan
pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina
tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam
tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang
dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan
menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan,
pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian
bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang
kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
ZINK, TEMBAGA, MANGAN & VITAMIN C: nutrien penting dalam
kesihatan sendi.
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan
nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan
kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Untuk pertanyaan, pesanan AJHT...sms@whatsapp 011-25140783
No comments:
Post a Comment