Health Quote

Health is energy, vitality & well-being. You know it when you feel it, when you see it; healthy living is a beautiful thing. Healthy people feel energized & look fantastic!

PCOS: Takrifan & ikhtiar merawatinya



APA ITU PCOS?

Sindrom ovari polisistik (PCOS, juga dikenali secara klinikal sebagai sindrom Stein-Leventhal), ialah sejenis gangguan endokrin yang menjejaskan 5–10% kaum wanita daripada semua bangsa. Ia merupakan gangguan hormon yang paling umum di kalangan wanita berumur biak dan adalah salah satu sebab utama ketaksuburan. Ciri-ciri utamanya ialah ketiadaan pengovuman tetap serta kesan hormon androgen-androgen (hormon lelaki) yang berketerlaluan. Gejala dan teruknya sindrom banyak berbeza antara wanita-wanita. Sedangkan sebabnya tidak diketahui, kerintangan insulin (yang seringnya mengiringi obesiti) amat berkait dengan PCOS.

Sumber 


Gejala-gejala PCOS biasanya termasuk:

  • oligomenorea, amenorea - masa haid yang tidak tetap, tidak banyak, atau tidak ada; kitaran-kitaran yang ada berlaku seringnya melibatkan perdarahan teruk (pendarahan teruk juga merupakan tanda amaran awal untuk kanser endometrium yang lebih membahayakan wanita-wanita yang mengalami PCOS)
  • Ketaksuburan yang umumnya diakibatkan oleh anovulasi kronik (kekurangan pengovuman)
  • Aras androgen-androgen (hormon lelaki) ternaik dalam serum (darah), khususnya testosteron, androstenedion serta dehidroepiandrosteron sulfat (DHEAS), yang mengakibatkan hirsutisme dan kekadangnya pemaskulinan (roma luarbiasa bahagian dagu seperti jambang lelaki, bulu betis yang lebat luarbiasa, kumis)
  • Obesiti tengah - obesiti "berbentuk epal" yang terpusat pada sebelah bawah tubuh
  • Alopesia androgen (botak corak lelaki)
  • Akne, kulit berminyak, seborea
  • Akantosis nigrikans (tombok-tombok kulit yang gelap dan yang berwarna antara sawo matang dan perang atau hitam)
  • Akrokordon - kulit yang tersiat
  • Tempoh berpanjangan gejala-gejala bak Sindrom tekanan prahaid (PMS) (kembung, angin tidak tetap, sakit pelvis, sakit belakang)
  • Apnea tidur

Wanita-wanita dengan PCOS menghadapi risiko yang berikut:

  • Hiperplasia endometrium dan kanser endometrium (kanser lapisan uterus) adalah mungkin, akibat penumpukan lapisan uterus yang berketerlaluan, serta juga kekurangan progresteron yang diakibatkan oleh perangsangan sel-sel uterus yang berpanjangan oleh estrogen
  • Kerintangan insulin/Diabetes Jenis II, yang umumnya dianggap sebagai akibat hiperinsulinemia
  • Tekanan darah tinggi
  • Dislipidemia (gangguan metabolisme lipid, iaitu kolesterol dan trigliserida)
  • Penyakit kardiovaskular
  • Tambahan berat
Sesetengah data membayangkan bahawa wanita-wanita dengan PCOS mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Wanita-wanita tersebut juga mengalami kesusahan untuk mengandung, akibat kitaran-kitaran haid yang tidak tetap serta kekurangan pengovuman. Bagaimanapun, wanita-wanita dengan PCOS boleh mengandung dengan bantuan ubat, khususnya Metformin, serta diet.


PEMAKANAN TAMBAHAN SHAKLEE YANG DISYORKAN IALAH:

ESP: merupakan asid amino perlu yang diperlukan untuk membantu membina hormon.
GLA: diperlukan untuk membantu menstabilkan hormon dan menurunkan paras kolesterol.


Link bacaan ESP: http://sweetummyshop.blogspot.com/2014/03/energizing-soy-protein.html



Lawati fanpage saya
Elyani's
SMS @ Whatsapp  011-2514-0783
Email saya: yanie_aisyah@yahoo.com.my

No comments: